Sunday, December 25, 2011

Excuse me sir !!!


Assalamualaikum...





Mengapa saya letak gambar dan tajuk sebegini uol??? saya tetibe emo pula pada sebilangan manusia yang tak faham bahasa.. Fine!!! Fine!! Fine!! (astaghfirullahalazim..istighfar banyak2) hehe ok senyum kembali ;-) =D ('',)v Actually ceritanya begini, pagi tadi saya keluar bersama rakan office saya iaitu: 


 

 Kak Farah (sebelah kiri) dan Nor (sebelah kanan)


Teman mereka shopping di KL.. sedang menanti ketibaan komuter tu, adalah mamat india ni, mata dah la merah macam pontianak harum s***** pagi (kejadian di waktu pagi), pandang handbag saya dan asyik pandang saya semacam jerkk... (Hep!! Hep! Heepppp!!! Hape kau nak ha???!!) hehe kat sini boleh la cakap camni kan..hahahaa kat depan-depan memang cabut lari dulu beb.. -,-"


Masalahnya yang saya bengang tu, ekau dah la berada di zon "Ladies Coach", nak buat macam tak ada pape yang berlaku pulak kan?? pastu sibuk dok aim saya!! menakutkanlah uol.. tak apelah maybe die tak faham apa yang signboard tu tulis kot sebab dia bangsa lain.. tapi penuh berhati-hati juga lah saya.. aysik dok menjeling dia takut kang tetibe dia lari ke arah saya.. uishhh takutnyeeeeeeeeee....

setelah masuk ke dalam tren, lihat ini uol!! 




Eh Helo???? tak baca ke kat tingkap dan luar KTM tu tulis apa? warna apa??? agak-agak la sikit kan.. mereka ini dewasa ok... nampak waras lagi, kalo tak waras takkan pandai naik KTM pulak..hihihiii saya yang jadi tak waras kalo orang yang tak waras pandai naik ktm.. (erkkkk.. ;S apa haku cakap ni??) xD abaikan..hehe sedang saya berdiri, saya telah pun snap gambar dorang ni.. malu la sikit wahai lelaki yang terlibat, apa gunanya kalau kita wujudkan ladies coaches if kaum lelaki tidak memahami??

Kalau sebegini lah kan, lebih baik sekali kan je semua (lelaki, perempuan, tomboi, nyah, dan segala warga seangkatan dengannya).. ^^? mereka ini tidak tahu sabar tau uol.. bila naik buat muka slambe rock je... haishhh tapi saya ada perasan seorang pakcik ni, saya nak snap gambar die, tapi hati berkata "eh kesian la kat pakcik ni dah tua, biarkan lah die, maybe dia tak larat nak tunggu train seterusnya".. so saya tak ambil gambarnya.. tertapi, bila sampai ke next station, pakcik tersebut keluar dari train dan bergegas lari ke train yang lain.. Owhhhh rupanya pakcik itu tidak sengaja.. masih boleh dimaafkan..(auuwwww) Habis tu bagaimana dengan mereka yang tidak memahami ni??


Apakah tindakan management seterusnya untuk menangani kes ini?? (wah nampak serious bebenor ms.tina ini)bhahaha saya bukannya apa uol, mereka itu menakutkan la.. saya rasa terancam bile mereka pandang2 handbag saya, cuba kalo uols ditempat saya?? mau ko tak hangin nyah!! Kepada pihak yang bertanggungjawab, dengarlah keluhan kaum hawa yang lemah ini.. mungkin saya bernasib pada hari itu, uol bayangkan sekiranya ada kaum kita yang tidak bernasib baik dan mungkin ianya terjadi kepada orang terdekat kita, kasihanlah pada mereka.. mencari rezeki sesuap nasi tetapi lenyap sekelip mata gara-gara insan yang tak berguna ini.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. (memang sangat tak kena ayat itu dengan tajuk) =.='


p/s: entry emo sikit namun memberi maklumat yang harus kita fikirkan dan selalu berhati-hati dimana saja kita berada ye uol.. =D



Thursday, December 22, 2011

Petua AWET MUDA dalam Islam

Assalamualaikum..


Holla Darl!! lama tak jumpa?? ^__^.. hehe lately saya tersangat lah kebizian dengan kerja2 di office.. sampai tak sempat nak update blog.. baiklah saya update secara laju-laju sambil pejam mata (sila kejar!!) erkkk ni main polis entri ke hape ni??bhahaha saya curik masa sikit je nak share dengan uol ni..(terharu tak??) nak tak nak ni?? (kalo tak nak pon uol kena baca la jugak)..hohohohh =O



Ini lah Petua Awet Muda dalam Islam, sure uol nk awet muda walaupun umur dah lanjut kan? (sopannya bahasa ku!!) Ok jOm tengok!! FOC (free of charge) jeww... =D


1)  Before uol bangun pagi, mandi dan gosok gigi tu, uol amalkan yang macamni.. ''Urutkan wajah uol yang comel tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3x". Buat macam ni setiap hari tau!!



2) Eh sambung balik yang tadi..ade lagi la!! ok2 jangan confuse ye uol.. sambung je lepas uol urut wajah yang macam tadi tu kan, uol minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat (jangan 10 jam nanti tertido dalam toilet tu parah pulak) dan sambil tu uol selawat nabi 3x. Kemudian baru diteguk ye. Air liur kita ni ada enzim yang boleh jadi ubat tau.. haaa saya teringat lecturer saya penah cakap, uol bangun tido tu, minum air  suam, enzim-enzim itu baik untuk otak kita tau.. lagipun ianya sunnah Rasulullah s.a.w. ;-)


3)  Uol amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dengan telunjuk jari kanan sehingga kelingking jari kanan. Seterusnya kelingking jari kiri sehingga ke ibu jari kiri & akhiri ibu jari kanan. Macam kat bawah ni.. =) Selain itu, amalkan juga menanam kuku/ rambut yang dipotong atau gugur tu ye..



4)  Semasa uol berdandan cantik-cantik pagi-pagi tu baca lah selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta dengan niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi tau comel-comel ku sekalian... T____Tv


5)  Setiap kali selepas solat subuh tu, uol bacalah surah Yusuf, then minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. InsyaAllah, wajah uol akan kelihatan muda daripada umur sebenar.. (auuwwww) wink2


6)  OK!! uol hafal surah Al-Waqiah ayat 35-38 seperti di bawah ini. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan yang 1st, mulakan dari kepala ye.



7)  Berzikirlah ~~
" Ya Badiyah" (1x)
" Ya Nur " (1x)
" Ya Hadi " (1x)
" Ya Allah " (3x)

 Uol bacalah dan tiupkan ke tapak tangan dan sapu ke raup muka uol setiap hari.


8)  Amalkan bangun pagi dan mandi embun.. (macam best kan??) Usap embun dari hujung daun pada muka uol yang comel lote tu , pada rambut dan badan. Khasiat embun ni kan ada banyak (erkkk nak cite nanti lagi panjang entry ni saya tulis) =.=" InsyaAllah, wajah uol akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta AWET MUDA.


Ini diantara amalan la uol.. sebenarnya ada lagi tapi penuh pulak entry ni..hikhikkk nanti kita story lagi pasal ni k?? Uol amalkan semua ini dengan niat hati yang jujur dan ikhlas.. InsyaAllah apa yang kita amalkan dan ikhtiar akan di rahmati dan di redhai oleh Allah s.w.t. ;-)


p/s: Nak ucapkan TAHNIAH kepada yayin iaitu adik mr.bf yang berjaya dalam PMR dengan CEMERLANG.. Alhamdulillah segala usaha, penat lelah yayin diberkati dan dibalas dengan result yang sempurna. Moga terus berjaya ye adik comel!! Akak bangga dengan yayin.. ^_^v


Monday, December 19, 2011

Robot Fight !!!

Assalamualaikum...


Saya nak bagi uols tengok ni!!! jom cik adik, cik abang, cik kak, cik makcik, cik nenek, cik atok dan cik-cik serta encik-encik sekalian.. hehe T___T  kite tengok macam mana robot lawan dengan orang biasa macam kite ni... actually bukan robot betul-betul pon.. alahhh uols tengok jelahh... layaaaannnnnnnnnn!!!!!!




Lawak kan?? kan?? kan?? -,-? ni la antara part yang saya suka dalam cerita ini.. Pelakon lelaki sangat lah comelness!!! (pitam 5 minit jap)..hikhikhik Tengok lah dia lawan gaya robot tu.. lawak gilos nyah!! Cite ni tajuk nya Euro Trip tau uols.. nanti uol try la tengok.. (erkkk macam banyak je nak bagi uol tengok ni -.-"! bhahaha) alahhh, ni cite lama, (alamak suma cite lama je yang saya suggest kan?) alahh biar la lama ke baru ke, yang pentingkan cerita tu best.. memang sangat best!!


Cerita ni mr.bf yang suggest before ni.. cerita teenagers and lawak sesangat lah.. saya memang suka cite lawak-lawak ni.. boleh gelak tanpa henti (erkkk seram je bunyi). Mr.bf ni memang lah sangat suka tengok movie.. rasanya die boleh bukak kedai dvd lah.. tak pasal separuh dvd nya letak di rumah saya gara-gara terlalu banyak dvd.. itu lah kerjanya setiap malam dok layan movie..

Tetapi...

Tetapi

Tapi...

Budak bawah 18 tahun jangan tengok ye!! warning ni.. (erkkk tak pasal) alahhh saya bukan marah tapi saya bagitahu awal-awal.. tak ada apa sangat yang over pun juz tak elok untuk tontonan mereka di bawah 18 tahun ni.. nanti tak pasal saya kena saman pula. heheehe -,-"


Saya cite sikit apa sinopsis cerita ni ye.. seorang lelaki ingin mencari awek die yang die kenal melalui internet.. so die pergi ke europe bersama kawannya untuk mencari awek tu balik setelah ada salah faham melalui chatting dorang tu.. sepanjang perjalanan ke europe tu macam-macam yang jadi.. hhaaa yang macam-macam jadi ni yang uols kena tengok.. lawak tau.. ok saya tunjuk wajah dvd ni ye... saje je saya nak share something yang menarik... Selamat Menjamu Mata ^___^





Sunday, December 18, 2011

Favourite Foods Rasulullah s.a.w..



Assalamualaikum...



Hi uol.. this time i nak share di antara makanan kegemaran Rasulullah s.a.w dan mengapakah Rasulullah s.a.w menyukainya?? uol tahu?? kalo tahu sila amalkan ye.. ^__^



Selain kita menjaga aspek kerohanian kan, Islam pon memberikan tips untuk kita sama-sama memantapkan kesihatan fizikal tau... terutama mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. " Baiklah.. Tanpa membuang kan masa... mari kita tampilkan"... erkkk ni bukan nak buat pengumuman, nak bagi info je pon.. sori2.. terlebih sudah..bhahaha =D sila lihat di bawah..



1.  Barli - Barli ni memberi khasiat sebagai penyejuk badan tau. Rasulullah s.a.w. pernah memberi air barli kepada orang yang demam. Masa saya demam doktor pernah cakap, 1 gelas air barli bersamaan 3-4 gelas air kosong.. Kalo uol demam boleh la mencubanya. T___T

2.  Kurma - Nabi pernah berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Kurma ni jugak boleh bagi tenaga tau uol.. so, bile kita berpuasa ke, cuba lah makan supaya memberi tenaga kepada kita sampai berbuka nanti.. ^__^

3.  Buah Tin - Buah ini adalah buah dari syurga. ianya boleh mengubati penyakit buasir..

4.  Buah Anggur - Nabi juga suka buah anggur. Buah ni boleh membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut uols. 

5.  Madu - madu ni adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat... banyak kan segala?? T__T tapi memang benar uols.. Madu ni boleh mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, dapat membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Lagi bagus kalo uol minum waktu pagi dengan air suam.. cubalah!! ('',)v

  6.  Tembikai - Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi character dan wajahnya.. ibu-ibu sila beri perhatian!! hehe

7.  Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang berpeluh dari dahi. Ianya juga menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan seperti nyanyuk.. hehe bukan untuk orang tua je uol, kita ni pun kadang-kadang ada jugak lupanya macam-macam kan. T__T


8.  Cendawan - Ianya baik untuk mata (erkkk baik untuk saya yang rabun melampau nih!! hahaah) dan baik juga bagi perancang keluarga.

9.  Minyak Zaitun - Ianya baik untuk rawatan kulit,  rambut, melambatkan penuaan dan merawat radang perut.. Ok yang ini orang pompuan mesti terbeliak biji mata bile baca kan!! o.O hehe mujarab tau uol.. 

10.  Buah Delima - Membersihkan tubuh badan dari syaitan dan bisikan syaitan yang durjana itu selama 40 hari. Buah ni sedap sangat uol.. Ok ape kata lepas ni kita tanam buah ni di luar rumah kita nak?? nak la, nak la..hehe merayu pulak. 
11.  Air Kosong - HAaa.. ini adalah minuman yang terbaik!! Jika uols dahaga hendaklah di minum perlahan-lahan.










12. Cuka (Khal Kurma) - Cuka ni saya tak pasti rupanya macammana, so saya tak letak la gambar uol.. tapi infonya lagi penting kan uols. Nabi selalu minum cuka ini dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran-restoran itali).


InsyaAllah... Sesungguhnya apa yang Rasulullah s.a.w. gemar makan tu ada mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Kesihatan fizikal ni amat penting tau uol.. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

" Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai 
Allah s.w.t. daripada orang mukmin yang lemah."


Renung-renungkan dan selamat beramal... hikhikhik ;-)


Transformation !!!



Assalamualaikum..



Cerita terbaru tak berapa nak baru...huhuuu al-kisahhhh.. "to'ibbb" tersebut lah kisah... "to'ibbb"..sang kancil datang mengadap..."to'iiibbbbbb".. ok sudah-sudah lah tu ms.tina.. jangan mengarut!! kang kena karate dengan si comel yang membaca entry ni nanti.. erkk.. abaikan!!!


Begini ceritanya, itu hari saya dengan family pulang ke kampung... sedang saya duduk bersila sambil berborak dengan my aunty, ada lah cousin saya yang berumur lingkungan 3 tahun itu datang nak bermanja, lalu duduk di atas riba saya (bukan saya yang duduk atas riba die ye, kang patah pulak kaki si comel tu..hahaha).. kebetulan ketika itu spec saya sangkut di leher baju.. si comel itu bermain dengan saya, main punya main kepala die pon terantuk ke dada saya.. thennnnnn...bunyi cermin pecah.. pehhhhhh!!!!


memang spec saya patah uol!!! kecewa, hampa, sedih, sebak suma ada masa tu.. (tapi muka tetap control)  ^__^ spec itu pemberian dari ibu tersayang.. waduhhh!!! so, malam itu saya pulang ke KL tanpa spec.. :'(   lihat nih!!




kan kan kan saya dah cakap!!! cermin itu patah!! (erkkk emo pulak) rasa nak bawak balik serpihan cermin itu sekali.. kesian si comel itu kena marah dengan ayahnya sebab spec saya patah.. tidak mengapalah.. silap saya jugak uol sebab sangkut spec tu di leher baju.. saya ni sebenarnya tak suka pakai spec, selalu pakai contact lense je.. tapi biasalah contact lense tak boleh pakai lama-lama. so bila saya malas, saya pakai jelah spec.. al-maklum, rabunnya memang melampaui batas.. 


Penah jugak saya pergi office tanpa contact lense dan spec, budget bagus sangat mata ini kan.. =p sekali jerit panggil kawan saya, ingat kan memang kawan saya, bila dah datang dekat rupanya orang lain.. bhahaha malu siot!!! minah tu pelik je tengok saya..erkkk.. -,-" semenjak itu, saya sudah menjadi sombong.. yelah, tak kan nak tersengih sepanjang jalan walaupun tak nampak orang, tak pasal orang cakap saya mereng.. hhhohoo ;-O


Pada minggu yang lepas saya pun order lah spec baru, nak nangis rasa beli yang baru.. yelah, ujung bulan kena beli spec baru pulak.. lari budget saya tahu!! spec itu telah di transformasikan menjadi sebegini rupa..





Walaupun ianya telah di transformasikan, saya tetap sukakan yang lama itu... sentimental value tu uol.. pemberian ibundaku.. :'(  hmm anggap jelah tak ade rezeki.. lagipun spec itu saya dah pakai lama, dah 6 tahun tapi tetap nampak cantik dan baru.. heheee saya tidak boleh mengharapkan contact lense je uols, sebab ianya tidak boleh dipakai 24 jam kan, tambah pulak sekarang di office keje saya tersangat lah banyak.. mata pun cepat penat, saya amat memerlukan spec dari contact lense.. ;'( so nak tak nak terpakselah buat yang baru..


pssstt: mood sedih + gumbira hari ini.. T___T




Saturday, December 17, 2011

Ketagih " My Girl " !!!

Assalamualaikum..




Uol penah tengok tak cite ni?? korean movie.. yang di atas tu soundtrack die je.. cite ni dah lama sebenarnya.. juz saya je yang ketagih dok tengok cite ni.. n___n rasanya kalo tak silap saya 1st time saya tengok masa tahun 2005.. alahhh biasa la kalo nama pon students, ade je cite nak tuka-tuka dengan kengkawan kan.. tapi cite ni memang memberi kesan la beb..

mengapa??

kenapa??


sebab dalam banyak-banyak korean movie yang saya pernah tengok, cite ni jugak yang tak pernah buat saya bosan.. setiap kali tengok mesti akan gelak sorang2, nangis sorang2, senyum sorang2, suspen sorang2.. erkkkk banyak nye sorg2!!! hahaha bile turun bawah untuk dinner dengan family, my mom mesti cakap, " dik, kenapa? macam orang gile tersengih sorang2" hahah ok ini serius... penyakit berjangkit uol.. tak percaya cuba la layan cite tu..


Kerana cite ni la, sampaikan saya ada test microeconomics pon saya tak study uol!!o.O? sila percaya.. maen redah je jawab exam pepagi bute, mata pon lebam seperti panda..hahah penyakit ini pula berjangkit pada parent saya setelah saya membeli dvd cetak rompak punye berharga rm 32..murah kan? harga asal dalam rm 1++  parent saya dok ngadap sampai apa pon tak buat kat umah..dahsyat2 (sambil geleng kepala)


  
Seo Jung Woong dan Park Si Yeon


   
 Yu-rin (heroin) dan Seol Gong Chan (hero) 


Dari tahun 2005 sampai ke hari ini saya tak pernah bosan.. mereka sangat cute lah!! seo jung woong sangat cute uol!! wataknya boleh buat uol cair lah..(kite tak tipu tau) tetapi wataknye...hmmm perangainye dulu tu tak ok lah...(erkkk ini lakonan je pon) saya lagi amat teruja dengan seol gong chan (amek kau besar gedabak namanye haku letak) hahaha... berebut-rebut dengan kawan-kawan nak kan die.. erkkk -.-" macam lah dapat..hahaha dia tuuuu kacak, watak sangat menarik (ok lelaki pilihanku), low profile, skema, baik, romantic dan macam2 lagilah.. (kalo jumpa depan mata boleh pengsan nyah!!) en.bf sila jangan jealous..hohohoo @_@ pelakon wanita utama pula seorang yang gila-gila, damn cute!!!.. eh memang dorang suma cute lah.. habis kat entry ni je cakap pasal cute..haha tak pasal..T__T  uol mesti try tengok tau!! mesti uol tak kan rasa rugi.. Seriously..  ^__^







Thursday, December 15, 2011

Charlie bit my finger again!!! ^__^



Assalamualaikum...

Lihat ini uol...sangat lah teruja!!!


sekiranya uol tak boleh view, uol klik sini ye


Comel kn uol??? eiii geram betol la dengan baby yang kiut miut macam tu!! kalo ada depan mata saya tu habis pipi baby tu kite cubit-cubit..(nasib la mana-mana baby yang malang jumpa kite) bhahaha. saya memang sukakan baby.. kalo jumpe je baby kat mana-mana mesti rasa cam nak pegang je, dapat usik sikit pun jadilah... sampai en.bf cakap: "eh awak jangan la buat macam tu nanti mak dorang ingat awak nak culik anak die"... erkkk...-,-" ada muka penculik ke saya nih?  ahaha.. tidak mengapa lah.... saya tak usik lagi tapi main-main mata je..haha (boleh ke camtu??)


tapi kalo dapat yang gelak tak berhenti macam ni????...


kalo uol tak boleh view, klik sini juga gelak sakan ye..


kalo gini la baby depan mata, tak kua umah pon tak pe, umah takde astro atau mr.bean pon takpe.. ngadap baby ni sorang je pon dah boleh tergelak.. mengapakah anda suma ini comel-comel belaka??...geram tahu!!! betapa indah dan sempurnanya ciptaan Allah s.w.t... inilah rezeki yang tak ternilai bagi setiap ibu bapa di dunia ini kan uol..

p/s:  " Renung-renungkan dan selamat beramal " (gaya dr. fadzillah kamsah).... haha tak pasal ;-p

ok saya dah lari tajuk.. -.-"

LARIIIIIIIII LAJU-LAJU!!!!!



Monday, December 12, 2011

Ice cream Potong.. ;d




Assalamualaikum..


Di pagi yang indah ini, amat seronok sekali kerana saya bercuti sempena cuti Sultan Selangor.. Al-maklumlah bekerja di selangor..(haha belagak lak)..^__^ sila jangan jealous ye warga negeri lain..(tak pasal).. Orang yang tidak boleh mengambil cuti lagi memang agak teruja apabila mendapat cuti walaupun 1 hari... terasa bersyukur sekali..hehehe Walaupun cuti banyak lagi tapi tetap tidak boleh bercuti.. =( Sebenarnya saya perlu menanggung kerja bagi staf unit saya yang berpindah.. kerja amat lah banyak sekali, rasa nak tido je kat office tu.. gara-gara nak siapkan suma kerja.(sila teruja) ('',)v


Eh uol, dah lari tajuk ni..hehe sila abaikan ye.. nak cite pasal aiskrim, tapi ke laut sudah..hehe semalam masa menemani ibundaku yang tercinta itu, adik saya yang bongsu ternampak ada orang jual ice cream potong.. wah!! biar betol??? 0.0? sebenarnya adik saya ternampak ada orang makan ice cream tu, then kami pun teruja terus mahu mencari.. pusing punya pusing jumpa juga akhirnya..


Tadaaaaaaaaa....



Uol nampak tak gambar tu blur?? actually saya malu nak ambil gambar ketika itu... orang ramai sekeliling melihat saya.. mesti dorang fikir, "apehal la budak ni jakun tak pernah tengok ice cream potong, siap nak ambil gambar lagi"..  -.-" sebab itu dengan pantas saya snap sambil coverline tengah tengok handphone..hahahaa =D

Memang agak jakun pon uol, kali terakhir saya menikmati ice cream potong masa saya sekolah rendah tau.. tapi yang saya beli tu tak sama dengan versi lama tu.. yang dulu punya ice cream potong lagi enak sekali sebab dapat rasa kacang tu pure punyo.. yang ini pula hanya sekadar perisa.. hmm hampa.. -.-  nak tengok tak yang lama???





Enak kan?? memang enak bangat pon uol.. kat mana saya boleh dapat ice cream ni? nak versi lama tu punye.. sape nak belanja saya?? sila taipkan SMS ON BELANJA dan hantar ke 32888...hahaha sampai kiamat saya tak dapat uol belanja tahu!! potongan yang lama dengan yang baru berbeza kan uol?? versi lama tu die memanjang ke bawah, versi baru tu pula petak comel gitu, lambat makan nanti cair habis jatuh..huhu hmmm tengok je dah lazat, apetah lagi kalo dapat rasa kan kan kan kan kan....





Walaupun tak dapat ice cream potong versi lama tu, saya tetap ceria dan teruja dapat ice cream versi baru itu...yeeehhaaa ^_^V lihat tu, sampai anak tudung pon terkeluar..hahahaha tak senonoh betol.. T__T. Nanti uol boleh la mencubanya, dan kalo dapat cari versi lama, inform saya ye..hehe arigatou gozaimasu ありがとうございます !!!


Massage & Reflexsology



Assalamualaikum...

Pada ahad malam, my mom cakap kaki nya sakit nak pergi berurut.. Dengan pantasnya saya memberi cadangan untuk pergi ke downtown cheras. Selalu la nampak orang urut-urut disana, so bawa my mom untuk mencuba berurut disana.. tapi saya tak join urut la (malu siot nak tunjuk kaki kat depan orang) nak mampuihhh!! tak pasal kena karate kids nanti..hahaahaaa..


Urutan Refleksologi

kami mencuba disini, tapi disini tak ramai orang, so masih boleh bernafas la..hheehe..


Apakah rawatan refleksologi ni uol?? sape tahu angkat tangan!!! -_-? Tidak mengapalah, nanti uol angkat tangan orang cakap uol mereng pulak dok wat gitu depan pc..haha.. Mari saya jelaskan ye.. refleksologi ni ialah 1 kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki. Contohnya seperti di atas, sempat juga saya snap semasa menunggu my mom berurut..hehe uol boleh la refer.. ^_^  ianya juga memberi tindakbalas pada bahagian badan yang lain tau.. tak percaya??? kalo uol berurut, mesti ada spot-spot yang akan sakit dibahagian telapak kaki, so disitu berkemungkinan uol menghadapi masalah.. (pehhhh macam doktor pulak saya, hahaha).



Tengok tu uol.. muka my mom pun cam sedih menahan sakit je kan.. baiklah ibuku, jangan menangis di khalayak ramai, tahan nangis dirumah saje ye..(ok saya tipu lagi) -_-' Jangan uol ngeri pulak nak buat rawatan ini, alahhh orang penakut cam saya memang akan cakap begini..hehe

Teknik ni boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Tapi saya tak ambil gambar penuh la.. sorry ye dear.. -.-" itu je gambar yang sempat ambil. Saya ada membaca info bahawa manipulasi ke atas kaki kita ni akan mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul dalam tisu dan membuang kristal kalsium yang berakumulasi di penghujung saraf kaki. (sila jangan boring dengan ayat seperti doktor pakar ini) bhahaha ('',)v. Baiklah, cara ni akan melancarkan aliran tenaga dari kaki ke bahagian lain tau. Ada juga info yang mengatakan tekanan yang dikenakan ke atas kaki boleh merangsangkan pelepasan endorphin iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat di otak untuk menghalang kesakitan.. o.O? (Wow!! sila teruja uol, ini perkara benar).


Kaedah ini juga membawa kepada satu tahap kerehatan di mana ia membuka saluran-saluran darah dan memperbaiki sistem peraliran darah kita. =). Apa-apa pun, kaedah ni hanya disarankan dengan nasihat doktor dan pengawasan daripada doktor je ye. Jangan uol sakit pape, patah kaki ke terus dok pergi ke sana, lain pulak jadinya nanti..hehe mesti dengan nasihat doktor ok, kalo tak mau, mari berjumpa dengan doktor tina..haha (lagi lain jadinya, daripada elok terus bengkok) T__T. Kaedah ni hanya sebagai rawatan tambahan je kepada rawatan konvensional.


My mom cakap walaupun sakit tapi ianya melegakan tau.. Rasa ringan je kaki lepas urut, rasa nak berlari 1 downtown tu..hahaaha Dahsyat woooo!! siap cakap kat saya, "nanti boleh la kita pergi berurut kat downtown lagi, nak cuba yang lain pula".. erkkkk kata-kata itu macam seronok je dapat berurut kan? huhuhuuu lepas ni boleh la uol bawa ibu, anak, isteri, bapa atau sesiapa saje mencuba kaedah ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu... ^______^v


Wednesday, December 07, 2011

Universal studio, Singapore



Assalamualaikum..


Baru-baru ni adik beradik saya pergi ke Singapore holiday, bersuka-ria TANPA saya.. sob..sob..~ ='( hmmm tak pe2 wahai kakak ku dan adik-adikku sekalian.. kita akan pergi nanti kemudian hari ye.. (ayat jealous tak mo ngalah).


Saya tidak dapat ikut mereka kerana ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan mahupun dicegah (macam sejenis penyakit lak kan?) seronoknya melihat gambar-gambar mereka.. (ok jealous lagi).. adik-adik telah memberikan sesuatu kepada saya... auuwwwww *terharu*


stick apakah ini? o.O



ouhhh pen.. smart gak T__T


jap

jap

jap

ehh.. ada lagi..


choc almond... lazat sekali ;d

* terharu lagi* ;'(


Actually, adalah lagi sedikit choc tapi tak sempat nak amik gambar... pelahap punya pasal.. ^_^v .. yang ni pun bawak pegi office, jadi breakfast la gamaknye dah lapo pepagi bute.. tak banyak pun adik-adik membeli.. biasalah mereka students.. ongkosnya juga nngak banyak.. apa-apa pun, kakakmu sangat appreciate diatas pemberian itu..awww ~



terima kasih kepada adik beradik saya semua.. enjoy nye dorang kn..hihihiii
ce tengok anak buah saya yang kecik tu (dania) gambonye asik dok pandang kartun tu je.. geram nampak..hahahaa ('_')v

* nanti ma'nah (mak ngah) belikan anya (dania) patung kartun besar gedabak camtu ye.. 3/4 kali ganda lagi besor dari anya.. (ok sila jangan percaya) ^__^



 
p/s:: thanks uols kerana meluangkan masa membaca blog tak brapa nak indah ni...huhuu Luv u.. ;-*



Saturday, December 03, 2011

Wajah Kesayangan Hamba..

Assalamualaikum..

Salam sabetu.. apa plan uols hari ni? mahu keluar berjalan kah? menolong ibu bapa kah? Baiklah permulaan hari hamba nak share wajah2 kesayangan hamba ini.



inilah opah saya.. sebelah kiri opah sebelah my mom dan di sebelah kanan pula adalah opah sebelah abah.. mereka sangat baik hati dan sporting uols..




yang ini pula arwah moyang saya yang dipanggil 'nyang' oleh saya.. besa lah uols, masa kecik kan pelat.. panggil gitu melekat sampai ke besar..haha  arwah moyang saya ni lah yang rajin melayan kerenah saya dan cousin yang lain yang tak semenggah tu..uwaaaaa.... =( rindu teramat kt arwah nyang dan atuk.. arwah atuk xde upload dalam laptop la pulak..

arwah atuk sebelah my mom pula agak tegas orangnya tp sangat baik hati dan penyayang. die pandai masak tau uols.. yelah dolu2 chef.. opah pon sama.. arwah atuk sebelah abah pula memang la teramat sporting! apa saya nak diikutkan sesaja..masa saya kecik opah garang, atuk la yang selalu backup..(caya lah atuk!!!)

Pabila musim cuti sekolah, saya dan akak serta cousin yang lain selalu balik kampung.. bermain disana, habis suma periuk belanga kami kuarkan dan sepahkan sampai opah sebelah abah marah..hahahaha  besa lah opah sebelah abah ni pembersih orangnya, tak boleh tengok sepah langsung.. cucu2 pula tak semenggah sumenya.. tapi cam biasa lah, atuk la yang akan backup last2nya. (eh time tu masa kecik tau uols, kalo dah besar buat camtu memamg nak kena baling terus dengan periuk tu..haha) seronok beronok-ronok la saya bile arwah atuk ada.. arwah rajin ajar saya mengaji, solat, agama.. hmmm rindu jugakkkkkkkkkkkkk :'(

masa saya kecil saya membesar dengan opah sebelah my mom.. dah jadi macam ibu ke2 saya tu.. bile nak balik kl mesti nangis..(ok jangan emo sekarang)T__T..

......

......

.....
................


eh eh eh... tetiba kua gambar opah yang ni..hahaha (nampak sangat saya tipu).. amboooiiii opahhh, bukan main lagi pose giteww.. jealous i nyahh!! ok dengan opah tak boleh jealous.. T___T  baru ni opah pergi aucland, new zealand berjumpa dengan paklang saya.. al maklum lama tak jumpa.

eh uols, apsal entry saya kali ini cam sedih je?? eh tak... tak... tak...


saya rindukan mereka semua.. ='(



p/s:: hargai mereka dengan sebaik-baiknya sementara mereka masih ada di dunia ini lagi..(ok saya tazkirah lagi) T________T



BYE!! ('*')v

Friday, December 02, 2011

Langit terbelah.. o,O?

Assalamualaikum..

Hi korg. Actually sy nk kongsikan dgn uols, mgu lps sy teman mr.bf potong rambut di hairzone yg bdekatan dgn JJ Balakong. Time tgh bca magazine di saloon tersebut, sy tgk rmai la plk org bkumpul dpn kedai dn melihat ke langit. Adakah mereka tgk UFO? mahupun alien? apakah? relax...relax...

Mr.bf pn ckp pegi la tgk. Dgn pantasnya sy berlari anak (eh xdela tpu je.. Berjalan je) ke arah org rmai tsebut. Dan kelihatan

Kelihatan...


Sy nmpak...


Subhanallah....


Gambaran seperti langit terbelah...




minit pertama

3-4 minit seterusnya

8-9 minit seterusnya
Bagaimana ianya boleh terjadi? if uols ada nmpk bnd yg sama seperti sy ni, share2 la bersama ok.. =)
Sharing is caring...huhuuu

dgn pantasnya lps blk drpda melihat kejadian aneh itu, sy nk share dgn uol melalui blog usang ini..

tp

tetapi

tatapi

tertapi...

hp sy ada problem nk connect dgn laptop la.. ni bru ok dpt gambarnya..sory la ye xdpt nk post awl. sbnarnya blh je amik gambar dlm google tp nk gak bg gambar yg sendiri tangkap..haha (terbaekkk dr ladang) tu yg lambat.. sy ada juga search di dalam google..

Kejadian ini berlaku di Kota Pontianak, Kalimantan Barat..tp kita kt cni pun blh nmpk kn uol.. ok, Jom kita bca ckit apa yg Harian Metro siarkan mengenai kejadian ini pd 15 November 2011..


Pontianak – Pemandangan langit aneh dan unik terjadi di bumi Khatulistiwa. Sebuah awan bergumpal berbentuk membelah bumi. Peristiwa ini sontak menjadi heboh warga di Pontianak dan sekitarnya. Menurut pengakuan warga Kota Pontianak, Ully 23 tahun, kejadian yang sangat langka ini terjadi Minggu 13 November 2011. Waktu itu, seorang warga yang tengah berjalan di kawasan M Yamin Pontianak langsung kaget melihat pemandangan aneh tersebut.
“Bentuk awannya benar-benar membelah bumi. Kejadiannya begitu cepat, hanya sebelas menit aja. Saya pun nggak habis pikir, kok bisa yah?” kata Ully, kepada VIVAnews.com, di Pontianak, Senin 14 November 2011. Salah seorang warga Pontianak lainya bernama Jane 23 tahun, langsung mengambil gambar pemandangan langka terssebut. ”Gambarnya benar-benar seperti langit membelah bumi,” kata dia. Sementara itu, menurut Kepala Seksi Observasi dan Informasi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Supadio Pontianak, Sri Ningsih, fenomena langit terbelah itu kejadian biasa-biasa saja. Kejadian tersebut, sambung Sri, mungkin dikarenakan faktor cuaca alam yang tidak menentu (anomali cuaca) yang terjadi akhir-akhir ini di Kalimantan Barat pada umumnya.

Ok fine fine !! jgn mrh sy ye..sape xphm bhs ni sila tutup mata..mst terkebil2 je dok baca bhsa indonesia ni kn..sy pon..haha baiklah mari kita mengebil-ngebilkan mata masing2 dgn membaca artikel tersebut. o,O  teruja terus uols..gambar aneh bersama ayat yang aneh tp xbrp aneh.. T__T

Sunday, November 27, 2011

Sooo Special.. =)


Assalamualaikum..

Pe kabar uols? mengapakah sy letak tajuk sedemikian rupa?

mengapakah?

apakah?

bagaimanakah?

konpius kah?

kah kah kah...

Apa yg special sgt? ok jgn pening2 mcm entry yg lepas...sebenarnya entry yg lps xde pening mna pn.. jz konpius nk nulis gapo..al-maklumlah.. kanak2 baru belajar (bkn kanak2 rebina ok). Seperti yg sy janji kn, diz time nk bgth uols siapakah mr.special dan diantara yg special.. sbnrnya rmai lg... sedara-mara, opah kesayangan tp tgu next entry la.. xhbs 40 hr 40 mlm uols bca entry ni nnt..haha...

baiklah, mari kita teruskn...sy sajikan gambar kt ouls dlu blh? (silalah angguk kepala tp jgn laju2 nnt terantuk kt laptop masing2..haha)


Inilah dia orgnya mr.special yg digembar gemburkn oleh sy sndr.haaha... dan diantaranya ada lg...

jeng jeng jeng


Saya dan familynya.. Time ni pegi konvokesyen mr.bf  di PICC Putrajaya.
Dari kiri, adalah adik perempuannya, yayin..uols blh terjah blog si comel ni di sini!! T__T.. di sebelahnya pula ayahnya, mr.bf, saya dan mamanya.. mereka adalah sgt sporting dan baik hati tau... Syukurlah sy ditemukan dgn mereka.. tetapi.... tetapi.... ada lg sorg lah uols... adik lelaki mr.bf xde dlm gambo pulok.. xlengkap pula rsanya.. time ni beliau berada di Penang, study di sana. Hmm xpe, nnt sy sajikan gambarnya ok. (alamak mcm byk je nk letak gambar ni) hahaha sila jgn over ye ms.tina.. ^_^

Tahniah kpd mr.bf krn telah tamat dan berjaya mendapat sijil Degree tersebut. Moga bersemangat di masa akan dtg.. (cewahhh bermadah lak haku ni).

Alamak di bawah ada adik si cantik manis yg berumur 15 tahun dh dpt degree!!... Truja haku terusss.....


Semoga berjaya juga utk adik manis di atas..hehe T___T

Ok, Tata uols...

Salam



 

Friday, November 25, 2011

Opening ohh pening.. =p

Salam...

Haro..haroo...Ok mari kite berkenalan dulu ok? nama sy Nur Sayidatina Binti Abd Latif, Umo 2**** (mcm xnk bgth je kn?) haha..tulis cmni mcm wt biodata plak..skema gilerr siot..

Ok la, uols blh pgl sy Tina...yesss tina..bukan Tina Turner k. die lg hot kot..huhu


This is my BELOVED FAMILY..



Saya ada 5org adk bradik tau. 1org kakak, sy ank ke2, dan 3org adik lelaki.

Xperlu cite pnjg lebar, uols mst tau kn 2 gambar besar tu sape? ok sape tau angkat tgn!! (haha xpsl) dah tentu2 la itu parent saya.. 

4kotak kecik sblh gmbr my mom tu lah adik beradik sy tmasuk sy..baju purple adik sy 2nd last, syazwan umo 14. yg berbaju light blue itu ialah adik bwh sy umo 18. ok, yg berbaju itam pula adik sy yg last...nakal wooo tp baik hati orgnya..nmanya ammar, umo 11thn..dan tgl 1org je bunga diantara 3 tu..nk tau x sape?mst uol geleng kepala xnk tau kn..ok fine!! itulah sy..(budget hotstuff)bhahaha

Meh sy cecite 4kotak dibwh pula, (mst korg boring gile bca entry haku ntah ape bnd ni). ok smbg blk (xde prasaan), ada 2 dewasa dn kanak2, dewasa tu la akk sy dan abg ipar sy. 2 kanak2 comey melote tu anak buah sy yg tercinta...muahxxx dan seterusnya adlh mr. special..........

Jeng Jeng Jeng....(tgu next entry ok) ...  =)


 
**thanx 4 reading ya... :-*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila teruja dengan yang ini !! Click2 !!!