Monday, December 12, 2011

Massage & Reflexsology



Assalamualaikum...

Pada ahad malam, my mom cakap kaki nya sakit nak pergi berurut.. Dengan pantasnya saya memberi cadangan untuk pergi ke downtown cheras. Selalu la nampak orang urut-urut disana, so bawa my mom untuk mencuba berurut disana.. tapi saya tak join urut la (malu siot nak tunjuk kaki kat depan orang) nak mampuihhh!! tak pasal kena karate kids nanti..hahaahaaa..


Urutan Refleksologi

kami mencuba disini, tapi disini tak ramai orang, so masih boleh bernafas la..hheehe..


Apakah rawatan refleksologi ni uol?? sape tahu angkat tangan!!! -_-? Tidak mengapalah, nanti uol angkat tangan orang cakap uol mereng pulak dok wat gitu depan pc..haha.. Mari saya jelaskan ye.. refleksologi ni ialah 1 kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki. Contohnya seperti di atas, sempat juga saya snap semasa menunggu my mom berurut..hehe uol boleh la refer.. ^_^  ianya juga memberi tindakbalas pada bahagian badan yang lain tau.. tak percaya??? kalo uol berurut, mesti ada spot-spot yang akan sakit dibahagian telapak kaki, so disitu berkemungkinan uol menghadapi masalah.. (pehhhh macam doktor pulak saya, hahaha).



Tengok tu uol.. muka my mom pun cam sedih menahan sakit je kan.. baiklah ibuku, jangan menangis di khalayak ramai, tahan nangis dirumah saje ye..(ok saya tipu lagi) -_-' Jangan uol ngeri pulak nak buat rawatan ini, alahhh orang penakut cam saya memang akan cakap begini..hehe

Teknik ni boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Tapi saya tak ambil gambar penuh la.. sorry ye dear.. -.-" itu je gambar yang sempat ambil. Saya ada membaca info bahawa manipulasi ke atas kaki kita ni akan mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul dalam tisu dan membuang kristal kalsium yang berakumulasi di penghujung saraf kaki. (sila jangan boring dengan ayat seperti doktor pakar ini) bhahaha ('',)v. Baiklah, cara ni akan melancarkan aliran tenaga dari kaki ke bahagian lain tau. Ada juga info yang mengatakan tekanan yang dikenakan ke atas kaki boleh merangsangkan pelepasan endorphin iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat di otak untuk menghalang kesakitan.. o.O? (Wow!! sila teruja uol, ini perkara benar).


Kaedah ini juga membawa kepada satu tahap kerehatan di mana ia membuka saluran-saluran darah dan memperbaiki sistem peraliran darah kita. =). Apa-apa pun, kaedah ni hanya disarankan dengan nasihat doktor dan pengawasan daripada doktor je ye. Jangan uol sakit pape, patah kaki ke terus dok pergi ke sana, lain pulak jadinya nanti..hehe mesti dengan nasihat doktor ok, kalo tak mau, mari berjumpa dengan doktor tina..haha (lagi lain jadinya, daripada elok terus bengkok) T__T. Kaedah ni hanya sebagai rawatan tambahan je kepada rawatan konvensional.


My mom cakap walaupun sakit tapi ianya melegakan tau.. Rasa ringan je kaki lepas urut, rasa nak berlari 1 downtown tu..hahaaha Dahsyat woooo!! siap cakap kat saya, "nanti boleh la kita pergi berurut kat downtown lagi, nak cuba yang lain pula".. erkkkk kata-kata itu macam seronok je dapat berurut kan? huhuhuuu lepas ni boleh la uol bawa ibu, anak, isteri, bapa atau sesiapa saje mencuba kaedah ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu... ^______^v


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila teruja dengan yang ini !! Click2 !!!