Sunday, January 29, 2012

E-day~Part 2 (apabila majlis dimulakan) ^_^

Assalamualaikum w.b.t..


Ini adalah sambungan dari entry yang lepas.. hope uol tak boring.. (walaupun reality boring) keh3.. T__T This time nak cerita kat uol bila majlis dimulakan.. selesai sudah ketibaan "dif-dif kehormat" cewahhh... tak de maknenye.. >_< apabila rombongan pihak lelaki sampai dan berkumpul di hall bersama family serta saudara mara, saya terasa macam seronok sangat... meriah je rumah pada hari itu.. siap pasang bunga api letup-letup dalam rumah.. (ok tipu.. =p) hehehe





Suasana ketika majlis dimulakan.. dan saya pula dimana?? sedang buat apa?? sedang menari michael jackson di dalam bilik.. memang over kan?? lempang sikit!!! -.-\ padahal tengah tak tentu arah.. ke hulu ke hilir.. nasib dalam bilik tak de parit, kalo tak, terus jatuh parit sambil berenang-renang ke muara.. ok imaginasi sudah melampaui batas..hahaaa ^__^ jom tengok apa saya tengah buat ~~



owhhh sedang makeup... cettt!! muka masam je kan?? tak de lah uol.. mak andam tu tak bagi senyum sangat.. die suruh saya serius.. haaa kan dah serius habis tuh.. hihiihiii



Sedang membetulkan selendang sikit.. ok tak jadi!!.. mak andamm.. help!! help!! bergegas mak andam betulkan.. bila keadaan begini terjadi kat uol, benda senang pon boleh jadi susah.. sabo jelahh...



Selesai sudah sesi makeup.. bergambar sebegini pula.. muka macam happy.. memang excited pun.. habis tu kenapa bergambar sampai tutup mata?? bulu mata tuh berat lah!! hahahaa :-D saya 1st time pakai bulu mata palsu.. tak tahu lah macam mana orang di luar sana yang gemar memakai bulu mata palsu ni..  pandangan jadi terhalang.. mata jadi berat lalu sepet.. dah la memang azali mata saya kecik, bertambah-tambah kecik.. ayoyoyooo.... (^___^)


Seterusnya....



Bermula lah sesi perbincangan di antara kedua-dua belah pihak.. 




Sesi penyerahan cincin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan... yang berbaju kemeja berwarna biru itu ialah pakcik saya iaitu pakcik mizan..beliau wakil dari pihak perempuan..(thanks a lot pakcik mizan).. yang tengah pegang cincin berbaju hijau pula adalah abah saya.. abah seperti mencari ibunda jerr.. mana mak?? mana mak?? dalam hati abah berkata dan tercari-cari.. hehehe



Ibunda telah dapat dikesan..hehee actually mak saya dihalaman rumah sebab nak ambil barang, sekali nak masuk balik ke dalam rumah, sudah penuh, nak lalu pun segan.. so mak dok kat depan sliding door jelah.. muka mak gembira je tengok cincin tuh!! o.O!! terpegun suda.. dalam hati mak berkata "kang mak pakai terus cincin ni kang".. kihkihkih memandai je haku buat cerita.. T__T


Wajah kegembiraan terpancar di wajah parent saya.. cukup membuatkan saya gembira bila melihat mereka gembira.. :') Tapi yang paling excited pada majlis ini ialah opah saya.. seronok beronok-ronok saya tengok gelagat opah.. uol nak nengok?? nantikan entry seterusnya apabila cincin disarungkan... jeng jeng jeng... (",)v


To Be Continued...



Saturday, January 28, 2012

E-day ~Part 1... ^_^

Assalamualaikum w.b.t...


Apa khabar uol?? lama saya tak update blog kn kn kn?? selepas habis je majlis pertunangan, hidup kembali normal..hehehe dan berita baik di office pula, saya sudah mendapat pengganti staf lama yang sudah berpindah.. so saya tidak perlu menanggung bebanan kerja yang banyak lagi... hoooreyyyy!!!! (give me 5!!) not high 5.. tetibe >_<"


Majlis Pertunangan saya berlangsung pada 22.01.2012.. kebetulan sama pula dengan majlis pertunangan kawan rapat saya semasa di kolej iaitu Wan Nurul Huda (che' wea) dan Mohd Suhaimi (Mat CE), majlis mereka di kedah.. Tahniah kepada mereka.. =) jom kita menjamu mata.. T__T




Rombongan pihak lelaki ke rumah saya... auuwwww (gewdik ckit) meh lempang saya laju-laju!! hahahaha =p



Inilah mini pelamin saya =) agak kelam kabut mencari mini pelamin sebelum ini.. ikutkan hati tak mo langsung buat mini pelamin.. malu siot nak dok kat situ bila mata semua orang ke arah kita.. huhh.. -,-" hajat ibunda dan keluarga mahukan ini, saya turutkan jua.. gigih mencari, namun ini yang berkenan dihati... (ayat tak boleh blah) hahaha >,<  Actually saya ada mencari mini pelamin yang lain sebelum ini tapi harganya terlalu mahal, so tidak perlu membazir.. saya decide untuk mencari harga yang murah dan berpatutan.. last minute contact butik ini.. alhamdulillah dapat juga... 




Hantaran dari pihak saya kepada pihak lelaki.. sepatutnya 7 dulang berbalas 9 dulang je.. so, saya sudah menyediakan 9 dulang.. pada pagi majlis itu, busy lah saya bergegas beli fresh flower untuk buat sirih junjung itu serta membuat gubahan terakhir dulang choc.. selepas itu berlari anak naik ke bilik untuk sesi makeup.. selesai sudah, apabila turun kebawah, melihat banyaknye hantaran!! pehh!! biar betol?? o.O?? sumpah haku buat 9 dulang je itu pun termasuk akak saya sponsor sikit, bile turun jadi 17 dulang.. mak aiii.. tak terkata.. rupanya sedara mara yang sponsor lagi.. sempat pula mereka tolong gubah... terharuu~~ ^__^ Terima kasih kepada semua sedara mara dan keluarga saya yang berhempas pulas membantu mejayakan majlis ini.. terharunya saya bercampur dengan perasaan teruja.. hehehee alhamdulillah rezeki.. =)



Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.. Yang ini hasil gubahan dari mama en.tunang.. hantaran dari pihak saya pula, saya yang gubah sendiri.. itulah sebelum ini saya pernah cakap kat uol saya busy je memanjang.. ini lah yang saya lakukan sebenarnya.. credit tu mama en.tunang.. cantik gubahan hantarannya.. i loikeee!!!! T__T credit to sedara mara serta family saya juga yang menggubah hantaran last minute yang mereka sponsor.. sama pulak macam saya yang gubah... berseni sungguh mereka ini... sukenyeeee.... (sambil guling-guling kegembiraan... over nyah!!) bhahaha =D


To be continued...


p/s: terima kasih kerana meluangkan masa uol untuk membaca entry ini.. muaxxx!! ('',)v




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila teruja dengan yang ini !! Click2 !!!